One in a Million Ayu_(penyanyi)

Ayu merupakan salah seorang daripada 12 finalis One in a Million musim kedua. Setelah hampir 10 minggu beradu suara dalam pertandingan itu, Ayu telah dinobatkan sebagai juara OIAM musim kedua. Yang menariknya, dalam pertandingan ini Ayu yang merupakan bakat baru pada waktu itu, berjaya menewaskan dua lagi pencabar terdekatnya, yang juga merupakan artis rakaman dan penyanyi professional iaitu Shila Amzah dan Siti Sarah Raisuddin. Kemenangan itu sekaligus mengekalkan takhta kaum wanita sebagai juara OIAM selepas kemenangan Suki Low di musim pertama (2006) dan juga merupakan kali kedua penyanyi bakat baru memenangi pertandingan tersebut. Berikut adalah persembahan Ayu sewaktu berada di OIAM :

KonsertLaguPenyanyi asal
Top 20"Mencintaimu"Krisdayanti
Top 12"Samudera"Nora
Top 10"Langit Ke-7"Sharifah Zarina
Top 9"Aku, Dia dan Kamu"D_Va
Top 8"Ceritera Cinta"Jaclyn Victor & Rio Febrian
Top 7"Tari Tualang Tiga"Saloma
Top 6"My Heart Will Go On"Celine Dion
Top 5"Cinta"

(duet Jaclyn Victor)

Melly Goeslaw & Krisdayanti
Top 4"My All"Mariah Carey
Top 3"Ketentuan"Ramlah Ram
"Dialah Di Hati"Dato' Siti Nurhaliza
Top 2"Samudera"Nora
"Ceritera Cinta"Jaclyn Victor & Rio Febrian
"Hanya Di Mercu"

(lagu baru)

Ayu